Wednesday 29 December 2010

♥ Chocolate Cupcakes ♥


Bahan-bahan yang diperlukan :

 200g coklat masakan
 70g mentega
 2 biji telur (suhu bilik)
 50g gula halus
 60g tepung gandum
 1 Sudu kecil baking powder

Cara-caranya ialah :

  1. Cara1
     Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cara2
     Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Cara3
     Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah  panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Cara4
     Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Cara5
     Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Cara7
     Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Cara8
     Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit (sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Friday 10 December 2010

♥ RAHSIA DIMURAHKAN REZEKI ♥

Erti murah rezeki adalah rezeki yang mudah atau senang di dapati setelah berusaha dab berikhtiar dengan jalan yang halal. Dan rezeki yang diperolehi itu pula mencukupi keperluan keluarga. Erti mencukupi bukanlah sampai ke tahap pembaziran.
Melalui pembacaan dari sumber yang sahih, ada beberapa rahsia murah rezeki yang yaya boleh kongsi kan bersama.
Beristighfar dan bertaubat
Pokok pangkal yang menjamin turunnya rezeki daripada Allah adalah istighfar dan bertaubat kepada Allah dan kerana Allah SWT. Kalau di ikutkan riwayat al-Nawawi, taubat ini hukumnya wajib! Atas tiap-tiap individu muslim. Taubat membawa maksud “ meninggalkan dosa kerana keburukannya”. Ia perlu kepada tiga syarat jika dosa itu berkaitan dengan Allah SWT.

Meninggalkan dosa

Menyesal atas perlakuannya
Berazam untuk tak melakukannya lagi


TAPI! Jika berkaitan dengan hak terhadap manusia, perlulah kepada syarat ke empat.

Mengembalikan kepada yang mempunyai hak tersebut.


Banyak ayat yang menunjukkan kepada kepentingan taubat dan istighfar sebagai pintu pembuka rezeki dan keredhaan Allah SWT. Contoh terdekat ambil daripada surah Nuh ayat 10-12.

Yaya terangkan maksudnya sahaja,

“Sehingga aku berkata (kepada mereka:‘Pohonlah ampun epada tuhan kamu, sesungguhnya ia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu ; dan ia akan berikan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”

So…mana yang baik sama-sama kita ikuti.. Moga ia menjadi panduan dan pedoman kita bersama..OK!

♥ SOLAT ITU MUDAH! ♥

Sejak dua menjak ini terlalu banyak persoalan mengenai agama bermain dalam fikiran Yaya sehinggakan kadangkala wujud rasa rendah diri di dalam diri Yaya. Seronok pabila membaca artikel-artikel bagaimana mendapatkan khusyuk di dalam Solat. “Solat Itu Mudah”, hurmm ringkas dan padat maknanya. Yaya akui kelemahan diri yang kadangkala ketika solat banyak perkara-perkara duniawi bermain dalam minda Yaya. Ada yang menyatakan pabila khusyuk, ketika rukuk dan sujud kepadaNya, terasa sekali ketenangan ruas-ruas tulang dan otot menjadi tenang. Ketika tasbih di ucapkan dengan penghayatan seolah-olah memberikan pujian di hadapan Allah SWT dan terasa sekali desiran hati akan sentuhan kalimah Tayyibah menyusup dengan jelas ke dalam hati. Subhan Allah. Solat yang khusyu' akan memudahkan segala urusan kehidupan kita.

p/s : Silent kan Hp ketika Bersolat!. Hormati Orang lain juga.
Allah berfirman di dalam Surah Al Mukminun {23} : 1-2
Maksudnya :

"Sungguh beruntung orang-orang beriman, yang di dalam solatnya di lakukan dengan khusyu."


Selain itu solat juga di lakukan oleh orang-orang MUNAFIK!. HAH! Yang ni mudah-mudahan kita di jauhi. Bimbang Yaya tentang perkara ni.

Sepertimana Firman Allah SWT di Dalam surah An Nisaa {4}: 142

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah. Dan Allah juga akan membalas atas tipuan tersebut. Mereka itu apabila melaksanakan solat di lakukan dengan perasaan MALAS, dan mereka tidak serius di dalam mengingati Allah SWT kecuali sedikit sahaja."


Na’uzubillah…

Allah SWT dah mempermudahkan kepada kita mengenai solat. Contohnya ketika bermusafir kita diberi kelonggaran untuk melakukan jama & Qasar. Bukankah itu dimudahkan? Ini kerana Allah SWT dah kurniakan ruksah dalam beribadat, maka lebih beradab sekiranya kita menggunakannya, ia adalah suatu pemberian istimewa kepada hamba-hambaNya.....

cube saudara beria2 benar utk memberikan hadiah kpd seseorang, tetapi dia menolaknya.....apakah perasaan anda....sudah tentu berkecil hati...Walaupun islam itu mudah, tetapi soal keimanan tidak boleh di pandang ringan. Di zaman mutakhir ini terlalu banyak perkara-perkara pelik yang berlaku membuatkan hati Yaya tak tenang melihat situasi ni. Harap moga-moga kita semua Di lindungi oleh Nya. Insha’Allah.

Sebelum tutup entri ni yaya nak kongsi satu artikel bagaimana untuk kita peroleh rasa khusyu dalam solat. Kalau boleh luangkan sedikit waktu sekitar 2 jam. Pakai pakaian yang bersih dan harum serta carilah tempat yang tenang sehingga kita semua dapat melakukan dengan baik. Sebaik-baiknya berwudhu dahulu. Dan cubalah dengan melakukan solat sunnah dahulu.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan rasa khusyu’ kepada kita semua. Insha’Allah.