Tuesday 31 December 2013

Beshtieshhhhhhh :*

Assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian x)

Untitled

Hai hai , pekbo kome ? Hihi , sekarang dah pukul 12.44 malam . Tak pagi . Eh em entah . Tadi baru lepas call call dengan sorang budak . Yeh budak . Em budak lah eh . Hehehe , eh aku dedicate gambar kat atas tu untuk budak tuuuuuu , kihkih ^^ Sila terharu sila terharu xD Em , tetibe nak buat entri pasal ini budakkkkk .


Ini dia itu budak :P Nama diberi Fatin Nordiana bt Johari . Umur 51 *terbalikkan* tahun *15 to be okay* . Hehe , sama sekolah dengan wa . Satu kelas dengan wa juga pun . Em , cun tak ? Cun tak ? Hahaha , sila fikir balik sebelum berkata xD K gurau jeh makcik . Jangan marah loo . 

Dia ni masuk time form 1 kud . Tapi langsung tak rapat dengan dia even satu kelas. Tegur pun kadang kadang je. Aneh aneh ~ Hihi , tapi naik form 2 kitorang start rapat. Start aku masuk wd , start aku duduk belakang dia . We become a sweet besties . Hahah . Kitorang rapat sangat . Sangat rapat sehingga datanglah org ketiga . Hehe , you tahu aten.

Datangnya org ketiga tu tak menjejaskan pape pun . Cuma kitorang tak se'kepit' dulu lah . Hem , dia lah tempat aku ngadu-2 . Aku lah tempat dia ngadu-2. Haha , we help each other okay . Kalau dia ada prob , aku ada prob ke . Kitorang solve sama sama . K shuwit tak ? Hahaha sila jangan muntah ye x)

Walaupun kadang kadang kitorang gaduh ke apa , dia kata dia takde niat pun nak marah aku . Auu hahaha . Kitorang gaduh sweet-2 ah . Hehe , nyanyi bersama . Ehemmm , ketawa bersama , menangis bersama nananana . Tetibe nak nyanyi lagu black pulak . Heishh , dah tengah malam nih , kang ada jiran sebelah bangun bawak kuali kang x)

Hem, suara dia sedap wehhhh :P Nak dengo ke ? Bukak video BNM yg aku post dulu dulu . Alah korang bukan baca pun ~ Haha , k dia solo , solo terbaikkkk :P

Haha aten aten . Kau tengah baca nih mesti tengah sengih sengih kan sekarang ? Aku nampakk , blog aku ada cctv . Hehe , weh weh wa mahu cakap sama lu . Lu wa punya kawan yg wa sayang . Haha terima kasih sebab tegur aku selama ni . Salah silap aku harap kau ampunkan. Makan minum aku , harap kau halalkan . Duit yg aku pinjam , harap kau ingatkan untuk aku bayar balik , hehe . You're my best friend ever , insyaAllah :)

Forever?
Yes , tu je aku mintak . Harap kau tunaikan . Tolong eh , aku perlukan kau untuk bimbing aku . Aku perlukan kau ceriakan aku , hehe . Please aten , stay with me , forever . ILY :')

*Hehehe , sweet pulak aku malam ni . Haha lawaknya -_-*

Alaaaaaaaa , dah nak balik asrama . Btw , doakan aku untuk PBSMR . Doakan hasrat aku nak banggakan parent aku tercapai tau tau . Sayang mu muah muah :P






Monday 30 December 2013

Hidup Lebih Bahagia Apabila Aurat Dijaga

Assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian x)

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri ini dapat istiqamah dengan penghijrahan diri.
Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat, bukan menutup aurat.
Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.
Benar, ketika itu setiap kali aku keluar dari rumah, ada saja mata-mata nakal yang liar memandang padaku. Pernah juga aku diganggu secara agresif oleh mereka! Pelbagai gangguan lagi yang aku hadapi sepanjang menjalani kehidupan sedemikian. Dan sesungguhnya aku tidak tenang dengan situasi begitu.
1380584_394847940641246_468706705_n
Namun, pada suatu ketika, aku mula terfikir sejenak, apakah cara hidup aku seperti ini akan memberi kebahagiaan kepadaku di dunia dan akhirat kelak? Kebetulan, pada saat itu, aku mula bersahabat baik dengan seorang rakan sekuliah aku. Perwatakannya sangat baik, pakaiannya agak sempurna, auratnya tertutup rapi.
Aku berasa sangat tenang melihat beliau. Secara perlahan-lahan tanpa disedari, aku mula mengikuti setiap langkahnya untuk berubah. Mengenakan pakaian yang labuh dan longgar, melabuhkan tudung, kemudian bersarung kaki atau memakai kasut yang bertutup.
Sememangnya diri ini kelihatan begitu indah dalam keadaan seperti itu.. pakaian yang longgar memudahkan aku untuk bergerak, tidak seperti pakaian yang ketat.
Sesuatu yang sangat jelas kelihatan adalah, setiap perbuatan gerak-geri aku tidak menjadi tatapan mata kaum Adam yang nakal lagi seperti dulu! Ke mana sahaja yang aku pergi, tiada lagi gangguan!
Selain itu, bonus istimewa daripada perubahan ini adalah, solat aku semakin terjaga. Walaupun aku tidak tahu adakah sempurna solatku, namun ia tidak lagi sering tertinggal seperti sebelum iniAlhamdulillah, kini amalan bertudung labuh, berpakaian labuh terus menjadi pakaian rutin dalam kehidupanku. Selain itu, aku juga turut membiasakan diri dengan berniqab supaya tidak timbul rasa riak dihati terutama sekali mendapat pujian daripada sesiapa.
Dan yang paling penting, ingin kecantikan yang Allah kurniakan hanya menjadi tatapan buat suami tercinta kelak.
Namun, belum dapat diistiqamahkan, kerana faktor tempat belajar dan keluarga.
Apa yang pasti, setiap yang berlaku dengan izin-Nya itu telah banyak mengubah kehidupanku. Aku berasa amat bahagia dan tenang dengan diri ku yang baru.
Semoga penghijrahan ini diredhai Allah dan mampu istiqamah selamanya. Walau asbabnya adalah teman sebilikku, namun hakikatnya Allah jualah yang membuka pintu hati ini. Sesungguhnya hijrah ini semata-mata kerana-Nya. Semoga aku dan wanita di luar sana dapat menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Adik-adik dan sesiapa saja yang masih dalam keadaan seperti ku dahulu, ayuhlah kita berhijrah! Insya-Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
Ingatlah, harga diri tidak mudah tercalar jika aurat terpelihara… kecantikan dan keindahan wanita terpancar apabila auratnya tertutup sempurna.
Credit to : iluvislam.com

Tuesday 24 December 2013

Sekolah ? Sekolah ? Fuh fuh .



Hai hai . Hehe , kat rumah ni . Baru lepas balut buku tulis . Excited nak naik sekolah ni -,-' Hem , lagi berapa hari je nak naik sekolah ? Harini , esok , lusa , tulat ...... lagi 8 hari ! Bukan seminggu , bukan 2 minggu , bukan 1 bulan ! Lagi lapan hari weh ! LAPAN L-A la P-A-N pan LAPAN ! Fuh tak sangka kan ? Adik aku kata 'eh pejam celik pejam celik dah nak naik sekolah dah . ifan dah jadi form 1 ummi' haha . Aku memang tak sangka yg dia dah form 1 . Dan aku jugak tak sangka yg aku form 3 tahun depan . Hemmm .

Dah form 3 k, sila sedar aqilah . Kau ada tanggungjawab yg kau kena buat tahun depan . Dapat straight A dalam PBSMR tuh . Ummi baru cakap semalam ' ummi berharap sangat-sangat alon dapat straight a periksa tahun depan tau. ummi berharap sangat. nanti boleh pindah sekolah bagus-2. Bangga ummi' k aku rasa macam fuhh aku nak buat ummi gembira. aku nak buat ummi bangga . yes , aku nak .

Cuti ni aku dah banyak buang masa . em , tahun ni aku kena usaha . Yes , aku sayang ummi . aku sayang abah. Aku nak buat dioran happy !!! Em , teringat pulak semua motivasi Dato' Fazley kat radio . Hem :/



Yes. haha tapi yg tu terlebih bersemangat . Hem , ha ni lagi 2 gambar nak tunjuk . hahahahhaha.,



Haaa , gambar tak boleh blahh . Haha , seram gak PBSMR ni ken ? haha k . ni je nak post . Bosan sebenarnya then tetibe teringat yg sekolah dah nak bukak . So buat lah post ni. haha . Form4 aku nak pindah . Ummi kata boleh pindah tpi dgn cara baik lah . Means jangan pindah sebab kena tendang sebab result hampeh. Pindah sebab result bagus . Haa gituu . Haha , okey ngantuk . Bye haha

Wednesday 4 December 2013

First Giveaway by Nurshabrina :D




Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Hye ^^



klik banner untuk join

Senarai hadiah:


1 Long Sleeve T-shirt + 1 Secret Gift X1, Button + Bookmark + Eyeliner X1, Tudung X3, 1 Button Badge X10,   Pou Keychain X2, Felt Keychain X3, Coklat Oreo X1, Felt Keychain X1, Topup + Felt Keychain X1, Topup RM5 X2, Header X6, Header X3, Bloglist X5, Cursor X1, Cursor Nama X2 dan Topup RM5 X1.


First Giveaway dianjurkan oleh Nurshabrina dan disponsor oleh Nurshabrina, Ew Ena, Misz Nadea,  Dyanuraz Collection,  Pretty Little Badges - Unique & Cute DesignEymasu and World Craft,  Jaja, Chocolate A M, Lolly Shoppe, Farah FarhanaJassarah Syafiya, Arni, Izyan Yan CinnamonNurin Aireen, Pyka Zamberi, Areena dan T-Shirt Lestari.




Disini juga saya nak share fanpage Pretty Little Badges - Unique & Cute Design. Banyak badges yang dijual disini dan semuanya cantik-cantik ! Selain dari button badge, disini juga menjual Kad Kahwin, Pocket Calendar, Bunting dan sebagainya. So, kalau nak tempah badges, kad kahwin atau apa-apa, tempah dekat Pretty Little Badges - Unique & Cute Design tau !

Contoh-contoh design badges yang super cantik, super awesome :

yang lain boleh tengok di fanpage dia ye.




Tamat 11 Dec 2013, Tepat jam 12:00.

 

Monday 2 December 2013

Arfa Adyla :D



Hello kanak kanak , haha . Suka hati aku je . Act aku taktahu langsung nak update pasal apa . Taknak lah org baca . Aku cakap sorang-2 je kat blog ni . Hadeii , haha . Ni ha aku asyik update pasal kawan-2 aku je . Semalam si ADMIN SECURITY x) Haha , kurang kerja lah . Kehkehkeh .

Okey , sekarang ni nak cerita pasal sorang budak nih . Budak ? Budak lagi . Pasal sorang ni . Haha. Nama dia jengjengjeng . *cehhh* ARFAH ADILAH BT ZAINAL ABIDIN ! Ngeee , satu kelas jugak . Kan ? Takde kerja kan aku ? Asyik cakap pasal oooorang je .  Bosan lah konon padahal *hadiah* yg cikgu bagi belambak kot . Haih , takpelah . Nanti nanti .

K berbalik kepada arfa ! Hahaha , tu lah nama penuh dia . Dulu dulu dulu time first time kenal dengan dia , aku cam *fuyoo sedapnya nama dia* , seriously ! Tak tipu , aku suka nama dia , sedap kan ? Haha *Appa kau tengah baca kan ? Mesti tengah tersengih ni* Haha . Okey stop -_- Arfa adilah ni cantik orangnya , kahkahkah . Ni diaaa :D


-arfa-aifa-nanad-

Hah tu dia , haha . Pic tu time buat khidmat masyakarat . Eh masyarakat. Em apa lagi , ha . Arfa ni ketua kebersihan kat kelas . Aku memang setuju sangatlah kalau dia ni pegang jawatan tuh . Dia garang , haha . So kalau ada dia , kelas 2z akan sentiasa bersih xD

So , haa . Apa lagi nak cerita . Ha , dia ada blog . Pi terjah blog dia cepatttt --> arfaadyla.blogspot.com , ngeee :D  Em apa lagi . Ouhh ! I forgot ! Birthday girl ni , haaa . She was born on 26 May . Haha , nanti korang bagi lah birthday present kat dia xD Haha , k . Stop , hemmm -_-

Hem , apa lagi . Tu je lah kot . Tak tahu nak cakap apa lagi lo . K dah , hey arfa . I just want to tell you that i love you friend . Hahaha , sweet tak akuh ? Hahaha :3 Tahun depan satu kelas lagi yeayyyy ! And it will be the last year :/

Okey lah , aku nak makan . Lapar doh . Okey-2 , bye . Ada ke org baca entri aku ? Haha , lantak lee . Yg pasti aku tahu Arfa baca , haha. K stop dulu . Lepas ni siapa pulak jadi mangsa aku , ahaha xD Assalamualaikum .


Admin Security x)



Hello , hai hai . Hey hey , em . Today , nak cerita apa ? Cerita apa ? Em , okey blank . Ha ! Nak cerita pasal sorang budak ni boleh ? Haha , budak excited baru buat blog , hahaha . Nickname dia ---> Admin Security :D

Satu kelas dengan aku je . Budak ni kelakar orang nya , kahkahkah xD Budak ? Asal aku panggil dia budak ? K salah , ADMIN nih chubby-2 je. Comel lah jugak *tak ikhlas pun* , hehe . Jangan marah ye ADMIN Xd Haha , umur dia sama dengan aku lah . Korang tahu , kalau satu hari tak gelak kat kelas , pehhh . Tak sah , kalau dia tak gelak tu maknanya ada benda tak kena le tuh . Hahaha . Itu kenyataan ADMIN xD

Dia duduk belakang aku jeh , haha . Rindunya dengar dia gelak-2 . Cuti ni banyak skyping dengan dia je . Hahaha , k dia baru buat blog . Tekan sini  , eh bukan tekan sini , eh salah jugak . Hehe , kalini betul , tekan sini , sini sini xD
Blog dia comel je , mustache purple x) Haha , ha ni gambo si ADMIN SECURITY nih, hehehe .

Proud To Be Myself ♥  

Kan comel kan ? Hahaha *ikhlas nih*. Haha , apa lagi nak cakap pasal budak ni . Eh ADMIN nih x) Emmmmmm. Ha! Dia kuat makannnn :P Alah tu jela nak cerita pasal admin , kahkah xD Nanti kalau idea mula bercambah di otak , aku sambung entri nih . Hehehe , and one more thing that you should know :

Aku sayang Admin Security x)
Hahahah , tu jelah nak bebel pasal dia . K nak tidur kejap lagi . Ummi membebel xD K assalamualaikum.