Tuesday 16 December 2014

Apa yang kita sayang, minta Allah jaga

Assalamualaikum                                                                                                   [ 5 days left ]


Hi hello arigato dll. Ehe dah 3 minggu cuti sekejap gila. Dan aku masih tkpercaya sampai sekarang yang next year dah form 4 haha lol tkhabis-2. Tapi memang aku tkpercaya pun, maigad dah tua rupanya. Rafiq kata macam baru semalam kita darjah 6 kan hahahaha lol. Next week 22/12 kami pelajar ting 3 akan ambil result so awak awak sekalian, doakan our result. Sebab dah macam-2 rumors keluar pasal pt3 haih tkpaham aku. Takpela, husnudzon,doa, redha. Itu je yang mampu. Doa yg berterusan inshaAllah everything's gonna be okay. Ece em andai kata lah pt3 ni tak dapat straight seperti yang diharapkan, mungkin bukan rezeki kita. Mungkin rezeki kita masa spm nanti, mana tahu kan ? 

Siapa je taknak straight A's kan mak ayah bangga kot. Aku pun nak tapi rumors yang keluar tu sedikit sebanyak buat aku down dan rasa macam okay aku dah kecewakan mak ayah aku. Memang la certain org kata alah itu rumors, tkpayah percaya. Aku memang tknak percaya pun tapi peh sudah memalam bukak cite pasal result. Dah lah ignore&& forget it lol.

Okay, next year form 4. Rasa macam taknak amek bio sebab diri ini memang lemah sangat sangat sains. Takut tak boleh bawa tapi abah dengan ummi suruh ambil bio dan cakap ceni " Failed tu takpe, tu yang bakar semangat, nak lagi belajar nak lagi". Aku minat akaun actually tapi kalau setakat minat dan tkbelajar sungguh-2 tak guna jugak. So inshaaAllah kalau result eh aip cakap pasal result lagi. So kalau layak untuk ambil sains memang aku akan ambil sains evenpun cikgu garang plus menakutkan takpe aku suka. Aku takboleh dapat cikgu sweet baik-2 ni. Memang hw takbersentuh, mmg kerja tak jalan. Seriously haha pelik manusia ni

Terasa macam banyak nak cakap sebab stress dengan rumors eh apa kena mengena, Em pasal pindah, dulu rasa naaaaak pindah sangat-2 sebab apa ? Sebab nak keluar daripada kelompok sharodz ni haha sebab taktahan kononnya padehal time tu gaduh dengan kawan sebab tu rasa lonely. Kalau takgaduh kemain everlasting bagai haha. Memang dulu aku mmg taknak pun duduk sharod. Bantah habis habisan sampai nangis dan paksa mak ayah aku datang kot even waktu lawat dah habis. Haha suruh ayah aku datang hari-2 walaupun aku tahu rumah dengan sharodz tu bukannya dekat, ambil masa dalam 1/2 jam macam tu. Nakal nya aku dulu, aku tahu haha tapi sekarang tak kana abah, saya baik 

So sekarang aku rasa macam taknak pindah haha mesti budak kelas kata aku keling, yela dulu kemain sanggup harungi apa sahaja untuk pindah hahaha. Itu dulu lah awak, skrg aku takut nak pindah. Takut sangat. Takut untuk hilang jantung-2 yang aku sayang selama 3 tahun. Ingat senang ke, ingat kat sekolah lain boleh dapat apa yang aku dapat kat sharifah rodziah tu. Lain tau. Dulu aku menyesal sangat sangat tahap tujuh petala langit bila masuk sekolah tu. Tapi sekarang aku bersyukur sangat sangat sangat tersangat sangat sangat sebab masuk smka sharifah rodziah sebab apa ? Sebab sejak aku masuk sharod aku kenal yang mana aurat, sejak aku masuk sharod aku kenal erti persahabatan, sejak aku masuk sharod aku kenal islam dengan lebih mendalam, sejak aku masuk sharod aku tahu erti ukhuwah. Semuanya aku dapat sejak aku masuk sharod okay smka sharifah rodziah. Asyik langgar peraturan sekolah sebab kononnya benci sekolah tu dan akhirnya aku taksedar yang sebenarnya aku sayang sangat sekolah tu. Sayang nak mampos

So sebab tu lah aku rasa sangat berat nak tinggalkan tempat yang membuatkan aku kenal semuanya. Tapi kalaulah ada rezeki kat mana-2, i mean sekolah lagi baik, aku akan pertimbangkan kot. Entahla okay stop cerita pasal sekolah.


Ehe aku pun taktahu apa kena mengena gambo tu dengan apa yang aku nak cakap tapi biarlah i love that quote. Cerita pasal sharod, teringat budak kelas. Classmates dari form 1. Kau bayangkan lah eh bila kau dah rapat susah senang jatuh bangun tidur makan mandi solat belajar sama sama dengan smone then tiba-2 kena berpisah, apa kau rasa ? Happy ke hah tak kan lol aku ingat nak buat cerita sedih time hari last sch tu tapi hahaha taknak kang kata emo terlebih pulak lol . Aku rindu zestrian ni.

Buah hati pengarang jantung dekat sharodz. Entahla, okay cerita pasal 2 orang penting. Penolong ketua tingkatan , afiqah ahmad aka qamad dan akhirnya dipanggil mad. Seorang pkt yang tegas tapi ada lembutnya, yang garang tapi ada manisnya. Mula-2 dia menangis sebab dapat jawatan ni sebab apa ? Sebab dia takut. Bila dipujuk , dia okay. And now qamad see ? You did it ! Kau dah handle kelas dengan sebaiknya. Congrats ehe. Yg kedua, ketua ting, nazihah abtar. Kt yang comel, periang sentiasa bagi nasihat. Lembut je. Kecik molek tambah lagi dengan pipi berkilo dia tu,aha rindunya awak nazihah. Okay sekarang ni aku nak bagitahu kau,sebenarnya aku suka sangat tengok mata kau yang bulat nak mampos tu. Macam bola memang la takkan macam kotak,

Ehe penatnya menaip padehal takde org baca pun. Haha diary online takpe la biar aku baca sensorang. okay thats all. Lastly, aku nak cakap yang sebenarnya aku sayang sangat smka sharifah rodziah seriously taktipu. Aku sayang zest crew. Aku sayang semua. Andai kata ada yang akan berpisah aku harap ukhuwah kita kekal. Okay gtg time fr sleep lol . Bantal memanggil. Laptop kata pergi, bantal kata mari hahaha okay bye gdnight annyeong.

*Psstt pelik kenapa cakap pasal pkt baru kt, sebenonya terbalik. Baru tukar ni ehe. Takpela sama je



Saturday 25 October 2014

End year

Assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian x)


Haha tetibe kan letak gambar Kai. See, how handsome he is. Okay sekarang dah 25 Oktober. Sekejap nya masa berlalu. Pt3 dah habis, zaman form 3 dah nak tamat. Hm hm pt3 dah habis last week pun rasa macam eh yeke dah habis ? eh haah la dah habis tak sangka. Hah macam tu lah . Rutin harian balik dorm semua membongkang atas katil, hadap novel. Bak kata Aina semua hadap kamus haha. Kat kelas jangan cakap lah tidur suka hati, main ceper, buka lagu kuat-kuat. Memang freedom habiss. Tapi ada je pbs belum siap. Alah leklek dulu. PSV, math, Sej, PJK and Pai . Tu semua ada pbs yg belum lengkap. Subjek lain taktahu lah. Kami tabah menghdapainya haha.

Semua pbs kena habiskan sebelum cuti. Hmm lagi 1 bulan k nak cuti. I tak berapa nak happy sangat sebab I kena berpisah dengan classmates yg disayangi. 3 tahun kot sama sama siapa je tak sedih kan. Happy sama-sama, susah sama-sama semuanya sama-sama. They're amazing you know! Haha tahun depan takde dah macam ni kan? I'll miss the moments

Hihi macam sweet je ayat atas ni. Aku takpernah nak serious. Kdg kdg diminta utk jadi matured, okay aku jadi matured. Sekejap hahaha. Gaduh salah faham sesama sendiri dah normal, tapi tu yang membuatkan kami makin rapat . Kami ada ketua ting dan pen ketua ting yang sangat comel plus garang haha. Dan para prefect yang berkaliber ecece. Mereka jalankan tanggungjawab dgn cukup baik. Good job babe

Sayang sangat nak tinggalkan tahun ni. Tahun terakhir yang cukup bermakna. Tahun yang mmpunyai banyak kenangan. Zaman form 3 membuatkan kami kena tough dan sabar lalui semua dugaan yg datang. Nak exam kan, InshaaAllah kami akan berjaya sama sama. 

Okay next year ya. I nak pindah , hm kalau ada rezeki lah. Eh eh baru perasan last post masa April dulu haha lama gila. I dah taktahu nak cerita apa. Kalau ada story yang mengarut I tepek je kat sini. Susah betul nak jadi org matured ye dak ? Haha apa lah. Okay berdasarkan insiden yang berlaku beberapa hari yang lepas I sedar, yang bersangka baik tu sangat sangat sangatlah penting. Kepercayaan pun penting jugak. Kalau tak letak kepercayaan mmg punah. So I sedar sekarang. Terima kasih kpd yang menyedarkan. Terima kasih kpd yang mendengar. Terima kasih kpd yang menolong. Te amo

Okay hm hm. Kalau I taip kat sini I memang macam cakap sorang-2. Hihi kesian. Okat gtg . Thats all for today haha tak habis-habis ayat sama je memanjang. Okay post ini diakhiri dgn pic detik-detik nak masuk dewan exam. Maassalamah , assalamualaikum



Friday 11 April 2014

Heartless - Lifeless

Assalamualaikum 

Hai baru sampai rumah act. Hmm bosan lah dengan benda ni. Penat la. Sampai bila nak macam ni ? Hmm suka hati lah . Kalau kau rasa benda ni betul okay just go on. Aku tak larat.

Okay minggu ni homework takde la padat sangat . Bolehla and ada 2 sekolah hantar budak diorang pi sharodz. Saikhad and Malim . Aku bukan jenis yang senang bercampur . Malu aku ni berlebih siket kehkeh. So aku buat dek jela. Kawan yang lain je tegur diorang . Aku just senyum and bajet bajet ayu depan diorang hahaks. Padahal belakang lain cerita. Hmm dah lama tak update. Entahlah takde benda nak cerita lagipun blog ni open. Tak nak share semua benda eh apa ni . Okay ha exam. Markah aku teruk sangat. Bajet berangan nak 9A tapi tengoklah result aku ujian 1 nih. 7A pun tak lepassss. Ada C pulak tu . Hmm 5A3B1C. Sejarah aku memang tak kamcing la. Nampak sangat aku tak rajin membaca kan ? Haha yeah thats true. Aku paling malasssss baca buku. Tapi novel rajin hihiksss . 

Hmm dak ayu sibuk suruh aku update blog. Hah ni dah update dah haha. Okay nak makan jap. Okay dah kenyang. Hmm awal-awal form 3 ni tak struggling sangat lagi . Tapi tengok ah nanti time bulan 5 peh peh. Memasing akan rasa cam eihhh penat stress . Eh tak aku je kot rasa macam tuh.

Hah forgot to tell you la. Last week pertandingan kawad JPAM . And sharodz got the first place ! Yeah alhamdulillah tak sia sia berlatih petang malam. Berbaloi. Hmm habis berbelang muka haih. Hitam sia. Ahah okay tak kesah lah . Math form 3 is better than math form 2 . Maksud aku tak sesusah form 2. Nasib baik ~

Takde apa lah nak habaq. Em everything is okay . Biasalah masalah tak pernah takde . Okay thats all for today haha . Thank you . Assalamualaikum


Friday 31 January 2014

Istiqamah Dalam Melakukan Ibadah .

Assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian x)
Baiklah. Seperti yang tertulis pada tajuk post kali ini, Istiqamah Dalam Melakukan Ibadah. Saya akan cuba mengupas sedikit tentang kepentingan dan kelebihan atau khasiat apabila kita sentiasa beristiqamah dalam melakukan ibadah. InsyaAllah.


Istiqamah secara umumnya bermaksud memberikan komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan dengan penuh kesungguhan. Atau dengan kata lain, istiqamah ialah ketetapan pendirian dalam melaksanakan sesuatu perkara.



Kepentingan istiqamah dalam beribadah ialah mampu membentuk akhlak dan sahsiah atau keperibadian kita dalam kehidupan seharian. Jika kita tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah, kita akan merasakan kekurangan dalam diri kita. Seperti hati tidak tenteram atau terasa kekosongan dalam diri. Perkara ini mudah terjadi terutama sekali apabila kita sudah berjaya istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT sebelum ini dan terputus dari istiqamah pada suatu ketika selepas itu. Hal ini kerana syaitan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memusnahkan anak Adam sedikit demi sedikit dengan menjauhkan hamba Allah dari istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT.



Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun. Kita perlu melawan segala kemalasan yang disebabkan oleh godaan syaitan yang ingin menjauhkan kita dari istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah S.A.W:



"Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Dari keterangan hadis di atas, jelaslah bahawa kita diperintahkan agar beristiqamah dengan bahasa yang agak tegas. Ini jelas sekali terdapat hikmah yang AMAT HEBAT di sebalik perintah istiqamah.
Antara kelebihan istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT ialah:



- Mereka akan selalu didampingi oleh malaikat. 

Beruntunglah mereka yang didampingi oleh malaikat apabila istiqamah dalam beribadah. Hal ini kerana, muslimin yang sentiasa didampingi oleh malaikat akansentiasa merasa tenang, gembira dan tiada khuatir, mereka akan sentiasa membuat kebaikan dan tidak akan bertindak mengikut hawa nafsu, wajahnya akan sentiasa berseri dan dia tidak akan mudah marah atau tersinggung.


Mereka tidak akan ada rasa takut.
Sebagai mana yang termaktub di dalam Al-Quran:  



…janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)…” (Surah Al-Fussilat: 30).



Mereka tidak akan berasa sedih.
Sebaliknya, mereka akan berasa gembira dan bahagia kerana hati mereka telah diisi dengan ketenangan dan ketenteraman akibat mereka istiqamah dalam beribadah. Mereka akan sentiasa redha dengan segala ketentuan Allah kepada mereka.



- Mereka akan mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
Mereka yang istiqamah akan mendapat balasan syurga, sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:



"…dan terimalah berita gembria bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Surah Al-Fussilat: 30)



Mereka akan dimurahkan rezeki.
Sesiapa yang istiqamah dalam kebaikan dan tetap dijalan yang benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah ruah, sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran:



“(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan sesungguhnya sekiranya mereka (manusia dan jin) itu berjalan lurus di atas jalan (Islam) itu, sudah tentu Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar. (Pemberian yang demikian) supaya Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan istiqamah menurut Islam). (Ingatlah) sesiapa yang berpaling daripada mengingati Tuhannya (dengan berlaku ingkar, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang amat berat.” (Surah Al-Jinn: 16-17)



Lihatlah betapa beruntungnya orang yang berjaya istiqamah dalam beribadah. Bagaimana dengan kita? Marilah kita mulakan beristiqamah. Bersama-samalah kita merebut peluang-peluang yang diberikan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.