Tuesday 31 December 2013

Beshtieshhhhhhh :*

Assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian x)

Untitled

Hai hai , pekbo kome ? Hihi , sekarang dah pukul 12.44 malam . Tak pagi . Eh em entah . Tadi baru lepas call call dengan sorang budak . Yeh budak . Em budak lah eh . Hehehe , eh aku dedicate gambar kat atas tu untuk budak tuuuuuu , kihkih ^^ Sila terharu sila terharu xD Em , tetibe nak buat entri pasal ini budakkkkk .


Ini dia itu budak :P Nama diberi Fatin Nordiana bt Johari . Umur 51 *terbalikkan* tahun *15 to be okay* . Hehe , sama sekolah dengan wa . Satu kelas dengan wa juga pun . Em , cun tak ? Cun tak ? Hahaha , sila fikir balik sebelum berkata xD K gurau jeh makcik . Jangan marah loo . 

Dia ni masuk time form 1 kud . Tapi langsung tak rapat dengan dia even satu kelas. Tegur pun kadang kadang je. Aneh aneh ~ Hihi , tapi naik form 2 kitorang start rapat. Start aku masuk wd , start aku duduk belakang dia . We become a sweet besties . Hahah . Kitorang rapat sangat . Sangat rapat sehingga datanglah org ketiga . Hehe , you tahu aten.

Datangnya org ketiga tu tak menjejaskan pape pun . Cuma kitorang tak se'kepit' dulu lah . Hem , dia lah tempat aku ngadu-2 . Aku lah tempat dia ngadu-2. Haha , we help each other okay . Kalau dia ada prob , aku ada prob ke . Kitorang solve sama sama . K shuwit tak ? Hahaha sila jangan muntah ye x)

Walaupun kadang kadang kitorang gaduh ke apa , dia kata dia takde niat pun nak marah aku . Auu hahaha . Kitorang gaduh sweet-2 ah . Hehe , nyanyi bersama . Ehemmm , ketawa bersama , menangis bersama nananana . Tetibe nak nyanyi lagu black pulak . Heishh , dah tengah malam nih , kang ada jiran sebelah bangun bawak kuali kang x)

Hem, suara dia sedap wehhhh :P Nak dengo ke ? Bukak video BNM yg aku post dulu dulu . Alah korang bukan baca pun ~ Haha , k dia solo , solo terbaikkkk :P

Haha aten aten . Kau tengah baca nih mesti tengah sengih sengih kan sekarang ? Aku nampakk , blog aku ada cctv . Hehe , weh weh wa mahu cakap sama lu . Lu wa punya kawan yg wa sayang . Haha terima kasih sebab tegur aku selama ni . Salah silap aku harap kau ampunkan. Makan minum aku , harap kau halalkan . Duit yg aku pinjam , harap kau ingatkan untuk aku bayar balik , hehe . You're my best friend ever , insyaAllah :)

Forever?
Yes , tu je aku mintak . Harap kau tunaikan . Tolong eh , aku perlukan kau untuk bimbing aku . Aku perlukan kau ceriakan aku , hehe . Please aten , stay with me , forever . ILY :')

*Hehehe , sweet pulak aku malam ni . Haha lawaknya -_-*

Alaaaaaaaa , dah nak balik asrama . Btw , doakan aku untuk PBSMR . Doakan hasrat aku nak banggakan parent aku tercapai tau tau . Sayang mu muah muah :P






Monday 30 December 2013

Hidup Lebih Bahagia Apabila Aurat Dijaga

Assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian x)

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri ini dapat istiqamah dengan penghijrahan diri.
Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat, bukan menutup aurat.
Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.
Benar, ketika itu setiap kali aku keluar dari rumah, ada saja mata-mata nakal yang liar memandang padaku. Pernah juga aku diganggu secara agresif oleh mereka! Pelbagai gangguan lagi yang aku hadapi sepanjang menjalani kehidupan sedemikian. Dan sesungguhnya aku tidak tenang dengan situasi begitu.
1380584_394847940641246_468706705_n
Namun, pada suatu ketika, aku mula terfikir sejenak, apakah cara hidup aku seperti ini akan memberi kebahagiaan kepadaku di dunia dan akhirat kelak? Kebetulan, pada saat itu, aku mula bersahabat baik dengan seorang rakan sekuliah aku. Perwatakannya sangat baik, pakaiannya agak sempurna, auratnya tertutup rapi.
Aku berasa sangat tenang melihat beliau. Secara perlahan-lahan tanpa disedari, aku mula mengikuti setiap langkahnya untuk berubah. Mengenakan pakaian yang labuh dan longgar, melabuhkan tudung, kemudian bersarung kaki atau memakai kasut yang bertutup.
Sememangnya diri ini kelihatan begitu indah dalam keadaan seperti itu.. pakaian yang longgar memudahkan aku untuk bergerak, tidak seperti pakaian yang ketat.
Sesuatu yang sangat jelas kelihatan adalah, setiap perbuatan gerak-geri aku tidak menjadi tatapan mata kaum Adam yang nakal lagi seperti dulu! Ke mana sahaja yang aku pergi, tiada lagi gangguan!
Selain itu, bonus istimewa daripada perubahan ini adalah, solat aku semakin terjaga. Walaupun aku tidak tahu adakah sempurna solatku, namun ia tidak lagi sering tertinggal seperti sebelum iniAlhamdulillah, kini amalan bertudung labuh, berpakaian labuh terus menjadi pakaian rutin dalam kehidupanku. Selain itu, aku juga turut membiasakan diri dengan berniqab supaya tidak timbul rasa riak dihati terutama sekali mendapat pujian daripada sesiapa.
Dan yang paling penting, ingin kecantikan yang Allah kurniakan hanya menjadi tatapan buat suami tercinta kelak.
Namun, belum dapat diistiqamahkan, kerana faktor tempat belajar dan keluarga.
Apa yang pasti, setiap yang berlaku dengan izin-Nya itu telah banyak mengubah kehidupanku. Aku berasa amat bahagia dan tenang dengan diri ku yang baru.
Semoga penghijrahan ini diredhai Allah dan mampu istiqamah selamanya. Walau asbabnya adalah teman sebilikku, namun hakikatnya Allah jualah yang membuka pintu hati ini. Sesungguhnya hijrah ini semata-mata kerana-Nya. Semoga aku dan wanita di luar sana dapat menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Adik-adik dan sesiapa saja yang masih dalam keadaan seperti ku dahulu, ayuhlah kita berhijrah! Insya-Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
Ingatlah, harga diri tidak mudah tercalar jika aurat terpelihara… kecantikan dan keindahan wanita terpancar apabila auratnya tertutup sempurna.
Credit to : iluvislam.com

Tuesday 24 December 2013

Sekolah ? Sekolah ? Fuh fuh .



Hai hai . Hehe , kat rumah ni . Baru lepas balut buku tulis . Excited nak naik sekolah ni -,-' Hem , lagi berapa hari je nak naik sekolah ? Harini , esok , lusa , tulat ...... lagi 8 hari ! Bukan seminggu , bukan 2 minggu , bukan 1 bulan ! Lagi lapan hari weh ! LAPAN L-A la P-A-N pan LAPAN ! Fuh tak sangka kan ? Adik aku kata 'eh pejam celik pejam celik dah nak naik sekolah dah . ifan dah jadi form 1 ummi' haha . Aku memang tak sangka yg dia dah form 1 . Dan aku jugak tak sangka yg aku form 3 tahun depan . Hemmm .

Dah form 3 k, sila sedar aqilah . Kau ada tanggungjawab yg kau kena buat tahun depan . Dapat straight A dalam PBSMR tuh . Ummi baru cakap semalam ' ummi berharap sangat-sangat alon dapat straight a periksa tahun depan tau. ummi berharap sangat. nanti boleh pindah sekolah bagus-2. Bangga ummi' k aku rasa macam fuhh aku nak buat ummi gembira. aku nak buat ummi bangga . yes , aku nak .

Cuti ni aku dah banyak buang masa . em , tahun ni aku kena usaha . Yes , aku sayang ummi . aku sayang abah. Aku nak buat dioran happy !!! Em , teringat pulak semua motivasi Dato' Fazley kat radio . Hem :/



Yes. haha tapi yg tu terlebih bersemangat . Hem , ha ni lagi 2 gambar nak tunjuk . hahahahhaha.,



Haaa , gambar tak boleh blahh . Haha , seram gak PBSMR ni ken ? haha k . ni je nak post . Bosan sebenarnya then tetibe teringat yg sekolah dah nak bukak . So buat lah post ni. haha . Form4 aku nak pindah . Ummi kata boleh pindah tpi dgn cara baik lah . Means jangan pindah sebab kena tendang sebab result hampeh. Pindah sebab result bagus . Haa gituu . Haha , okey ngantuk . Bye haha

Wednesday 4 December 2013

First Giveaway by Nurshabrina :D




Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Hye ^^



klik banner untuk join

Senarai hadiah:


1 Long Sleeve T-shirt + 1 Secret Gift X1, Button + Bookmark + Eyeliner X1, Tudung X3, 1 Button Badge X10,   Pou Keychain X2, Felt Keychain X3, Coklat Oreo X1, Felt Keychain X1, Topup + Felt Keychain X1, Topup RM5 X2, Header X6, Header X3, Bloglist X5, Cursor X1, Cursor Nama X2 dan Topup RM5 X1.


First Giveaway dianjurkan oleh Nurshabrina dan disponsor oleh Nurshabrina, Ew Ena, Misz Nadea,  Dyanuraz Collection,  Pretty Little Badges - Unique & Cute DesignEymasu and World Craft,  Jaja, Chocolate A M, Lolly Shoppe, Farah FarhanaJassarah Syafiya, Arni, Izyan Yan CinnamonNurin Aireen, Pyka Zamberi, Areena dan T-Shirt Lestari.




Disini juga saya nak share fanpage Pretty Little Badges - Unique & Cute Design. Banyak badges yang dijual disini dan semuanya cantik-cantik ! Selain dari button badge, disini juga menjual Kad Kahwin, Pocket Calendar, Bunting dan sebagainya. So, kalau nak tempah badges, kad kahwin atau apa-apa, tempah dekat Pretty Little Badges - Unique & Cute Design tau !

Contoh-contoh design badges yang super cantik, super awesome :

yang lain boleh tengok di fanpage dia ye.




Tamat 11 Dec 2013, Tepat jam 12:00.

 

Monday 2 December 2013

Arfa Adyla :D



Hello kanak kanak , haha . Suka hati aku je . Act aku taktahu langsung nak update pasal apa . Taknak lah org baca . Aku cakap sorang-2 je kat blog ni . Hadeii , haha . Ni ha aku asyik update pasal kawan-2 aku je . Semalam si ADMIN SECURITY x) Haha , kurang kerja lah . Kehkehkeh .

Okey , sekarang ni nak cerita pasal sorang budak nih . Budak ? Budak lagi . Pasal sorang ni . Haha. Nama dia jengjengjeng . *cehhh* ARFAH ADILAH BT ZAINAL ABIDIN ! Ngeee , satu kelas jugak . Kan ? Takde kerja kan aku ? Asyik cakap pasal oooorang je .  Bosan lah konon padahal *hadiah* yg cikgu bagi belambak kot . Haih , takpelah . Nanti nanti .

K berbalik kepada arfa ! Hahaha , tu lah nama penuh dia . Dulu dulu dulu time first time kenal dengan dia , aku cam *fuyoo sedapnya nama dia* , seriously ! Tak tipu , aku suka nama dia , sedap kan ? Haha *Appa kau tengah baca kan ? Mesti tengah tersengih ni* Haha . Okey stop -_- Arfa adilah ni cantik orangnya , kahkahkah . Ni diaaa :D


-arfa-aifa-nanad-

Hah tu dia , haha . Pic tu time buat khidmat masyakarat . Eh masyarakat. Em apa lagi , ha . Arfa ni ketua kebersihan kat kelas . Aku memang setuju sangatlah kalau dia ni pegang jawatan tuh . Dia garang , haha . So kalau ada dia , kelas 2z akan sentiasa bersih xD

So , haa . Apa lagi nak cerita . Ha , dia ada blog . Pi terjah blog dia cepatttt --> arfaadyla.blogspot.com , ngeee :D  Em apa lagi . Ouhh ! I forgot ! Birthday girl ni , haaa . She was born on 26 May . Haha , nanti korang bagi lah birthday present kat dia xD Haha , k . Stop , hemmm -_-

Hem , apa lagi . Tu je lah kot . Tak tahu nak cakap apa lagi lo . K dah , hey arfa . I just want to tell you that i love you friend . Hahaha , sweet tak akuh ? Hahaha :3 Tahun depan satu kelas lagi yeayyyy ! And it will be the last year :/

Okey lah , aku nak makan . Lapar doh . Okey-2 , bye . Ada ke org baca entri aku ? Haha , lantak lee . Yg pasti aku tahu Arfa baca , haha. K stop dulu . Lepas ni siapa pulak jadi mangsa aku , ahaha xD Assalamualaikum .


Admin Security x)



Hello , hai hai . Hey hey , em . Today , nak cerita apa ? Cerita apa ? Em , okey blank . Ha ! Nak cerita pasal sorang budak ni boleh ? Haha , budak excited baru buat blog , hahaha . Nickname dia ---> Admin Security :D

Satu kelas dengan aku je . Budak ni kelakar orang nya , kahkahkah xD Budak ? Asal aku panggil dia budak ? K salah , ADMIN nih chubby-2 je. Comel lah jugak *tak ikhlas pun* , hehe . Jangan marah ye ADMIN Xd Haha , umur dia sama dengan aku lah . Korang tahu , kalau satu hari tak gelak kat kelas , pehhh . Tak sah , kalau dia tak gelak tu maknanya ada benda tak kena le tuh . Hahaha . Itu kenyataan ADMIN xD

Dia duduk belakang aku jeh , haha . Rindunya dengar dia gelak-2 . Cuti ni banyak skyping dengan dia je . Hahaha , k dia baru buat blog . Tekan sini  , eh bukan tekan sini , eh salah jugak . Hehe , kalini betul , tekan sini , sini sini xD
Blog dia comel je , mustache purple x) Haha , ha ni gambo si ADMIN SECURITY nih, hehehe .

Proud To Be Myself ♥  

Kan comel kan ? Hahaha *ikhlas nih*. Haha , apa lagi nak cakap pasal budak ni . Eh ADMIN nih x) Emmmmmm. Ha! Dia kuat makannnn :P Alah tu jela nak cerita pasal admin , kahkah xD Nanti kalau idea mula bercambah di otak , aku sambung entri nih . Hehehe , and one more thing that you should know :

Aku sayang Admin Security x)
Hahahah , tu jelah nak bebel pasal dia . K nak tidur kejap lagi . Ummi membebel xD K assalamualaikum.



Saturday 30 November 2013

Ujian dan rahmat.

Assalamualaikum .

Konflik-konflik yang seringkali hadir dalam kehidupan seorang manusia merupakan qada’ dan qadar (ketentuan) daripada Allah S.W.T. Kita yang namanya hamba, sangat perlu untuk sedar dan menerima hakikat bahawa sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji dan dinilai oleh Allah S.W.T. Malangnya akal manusia yang pendek membuatkan kita terlalu prejudis dan bersangka buruk dengan ketetapan yang telah Dia aturkan.
Bukan semua ketetapan yang baik pada pandangan kita, semudahnya boleh kita takrifkan sebagai rahmat. Bukan semua ketentuan yang buruk pada penglihatan kita, semudahnya pula kita hukum sebagai musibah dari Tuhan. Kita terlupa, diisebalik  turunnya ujian itu tersembunyi jutaan kenikmatan, dan diturunkan nikmat sedangkan nikmat itu adalah ujian dirinya. Hakikatnya, apapun jua yang Allah kurniakan baik nikmat mahupun ujian merupakan sebahagian daripada kehidupan.
Kisah si Ombak
Sedang ombak menikmati indahnya tiupan angin di lautan yang terhampar luas, dia melihat ombak lain yang berada tidak jauh di hadapannya menghempas batu-batu di tepian pantai. Menyedari tidak lama lagi dia juga akan menerima nasib yang sama, dia berasa sedih.
“Bagaimana sekarang ini? Adakah aku juga akhirnya akan menghempas batu-batu itu? Pasti sangat menyakitkan.”
Kemudian datang ombak yang lain. Melihatkan ombak tadi sedang bersedih, lantas dia bertanya:
“Kenapa engkau kelihatan sedih?”
Ombak yang sedih tadi menjawab:
“Engkau tidak tahukah kita semua akan melanggar batu-batu besar di hujung sana. Entah apa akan jadi kepada kita selepas itu. Malang sungguh nasib kita menjadi ombak.”
Ombak lain tadi kemudiannya membalas:
“Tidak. Bukan begitu. Kita bukannya ombak. Kita sebahagian daripada lautan.”
ombak aneh cantik5 copy
******
Persis ombak yang sebahagian daripada lautan, begitulah juga ujian yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada kehidupan. Hakikatnya ujian itu bukan semata-mata ujian. Ianya manifestasi kehidupan hamba-hamba yang beriman. Sedangkan Rasulullah S.A.W yang merupakan kekasih Allah lagi diuji, inikan pula kita umat baginda.
Allah S.A.W telah telah berfirman:
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

Ibrah dan pengajaran
Justeru,  yang menjadi pertimbangan kepada Allah kemudiannya adalah bagaimana manusia beriman tadi menghadapi konflik-konflik tersebut. Sama ada melalui jalan kebaikan ataupun kejahatan. Manusia yang beriman tidak terus menyalahkan Tuhan atas sesuatu yang telah ditetapkan. Mereka beriman bahawa sebaik-baik perancang itu adalah Allah S.W.T walaupun mereka juga telah merancang sebaik mungkin. Mereka yakin, perancangan Allah mengatasi apa yang telah mereka rancang.  Mereka juga tahu Allah jualah tempat sebaik-baiknya meletakan pengharapan untuk suatu kehidupan. Benarlah, sesungguhnya Dia yang Maha Menciptakan dan menetapkan segala sesuatu.
Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya mereka telah berlumba-lumba dalam usaha-usaha kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan takut, dan mereka itulah adalah orang-orang yang tunduk hatinya kepada Kami.” (Al-Anbiya’: 90) 

Mereka akan terus berusaha untuk mencari redha Allah S.W.T selain terus menanamkan sifat sabar dan redha.  Manusia beriman akan sentiasa yakin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik aturan Ilahi. Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, tidak semua musibah yang terlihat buruk pada permulaannya, akan tetap buruk sehingga pengakhiran. Lantaran itu, orang beriman itu akan bijak mengambil peluang.
Peribahasa cina ada mengatakan;
‘When the wind of change blows, some build walls, while others build windmills.’
Bukan pilihan
Antara peluang dan ruang paling besar yang Allah kurniakan bersama ujian, adalah kesedaran untuk hamba-hambaNya kembali kepada Tuhan. Sudah menjadi fitrah manusia yang lemah, akan terus teringatkan Allah yang Maha Kuat ketika waktu  menghimpit. ‘Allah..’ Itulah kata yang spontan terucap apabila ditimpa sesuatu musibah. Silapnya kita kerana merasakan diri sangat lemah hanya apabila ditimpa ujian. Saat senang diulit kemewahan, entah mana ingatan kita pada Tuhan.
Sampai bila mahu begitu? Sampai bila mahu bertuhan hanya ketika senang? Ingatlah, Allah tetap sama saat kita susah mahupun senang. Allah tetap yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. Andai sahaja kita tidak meletakkan Allah sebagai pilihan pertama, pasti segala rencana yang Dia aturkan mampu kita hadapi dengan baik sebagaimana layaknya seorang hamba. Kerana itu, Allah berikan kepada manusia hak untuk memilih berbekalkan Al-Quran dan As-sunnah yang dipandu dengan akal yang waras.
Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya” (Hadis Riwayat Muslim) 

Ingatlah, dengan berlalunya waktu maka berlalulah juga kesusahan mahupun kesenangan. Hanyasanya nikmat dan ujian itu adalah sementara. Tiada kekal selamanya kerana hal itu adalah sebahagian daripada kehidupan sedang kehidupan itu juga pastinya akan berhenti pada waktu yang telah ditetapkanNya. 

Friday 27 September 2013

Rintih.

Assalamualaikum .

Hello guys . Eit , dah lama tak update post *ayat sama je* Okey , nak cite pasai apa niyh . Haha , banyak cerita . Banyakkkkkk . Hehe , cam banyak nau . K firstly , nak cerita pasal BNM :)

BNM kitorang lawan 21 september harituh . Kat mydin mitc , korang datang tak ? Haha , sekolah yg bertanding 5 jeh . Sharod , Sultan , Darul Falah , Assyakirin , dengan sekolah apa lagik satu . Emm , tak ingat. Mahappp , hehe . Kitorang bertolak dari sharod pukul 9 pagi okey 9 pagi . Haha , act kat sekolah ada program apa entah , tapi kitorang tak pergi .

Sampai mydin , tengok cam takde orang jeh . Kitorang sekolah 1st ke sampai ? wuuuuu , haha entah le . Kitorang duduk kejap pastu terus pi surau mydin :) Solat dhuha n solat hajat . And makan telur lagiiiiiiiiiiiiii . Gosh , tapi kalini aku tak nangis lah . hehe . Tetibe rase macam sedap . tapi yg kali kedua aku makan , aku boleh kunyah telur kuning tuh. yakssssssss . nasib ta terkeluar balik . Hohoho .


Nampak tak muka kami ? Haha , before pertandingan nyh . Em , pertandingan start pukul 2 . Time tu tak gigil lagi tau . Pastu cabut undi , sharod dapat giliran pertama duhh . Time tuh dah dupdapdupdap . Haha , bukan senang nak buat giliran pertama . Kitorang dah baca doa semua , naikle pentasssss . Muka aku sumpa tak boleh blah . Muka org ngantuk duh . Mata kuu ~~~



Tuh video nya. please jangan gelak time muka aku kena zoom . Sumpah lawak . Tak sangka muka aku sebegitu ghupa . Sedih tak lagu tuh ? Kak pah buat tauu :') Hayati lah lagu tu betul-2 ye . K nampak tak siapa paling keciput kat situu ? Macam budak tadika duh . haha , pape jelah , pcssionist pakai purda :)

dah habis persembahan , turun baca doa lagik . pusing je belakang nampak pamily aku . Ahhh , apeda umi abah datang lambat , org dah habis baru sampai . tak kesahlaa . masa berlalu ~ giliran sultan muhammad . giliran keempat , lepastu sekolah ape entah . Hem , cuak sngat :')

Niat aku nyanyi lagu tuh sebab nak berdakwah . Nak sampaikan kat orang yg saudara seislam kita sedang menderita kat sana . diorang merintih . ya Allah lindungilah saudara seislamku di sana :') Lagu ni kalau kita hayati betul-2 boleh menangis tau :)

Time pengumuman , rasa takut lah . Hem , ni keputusan penuh :
Johan : Soutul Azim (SMKA Sultan Muhammad)
Naib johan : Wardatuddiniah (SMKA Sharifah Rodziah)
Ketiga : Jilul Quran (SM Tahfiz Al-Quran, Cenderah)

Anugerah terbaik :
Vokal Lelaki Terbaik : Soutul Azim
Vokal Perempuan Terbaik : Wardatuddiniah
Kostum Terbaik : Jilul Quran
Persembahan Terbaik : Wardatuddiniah
Perkusi Terbaik : Soutul Azim

Tahniah Soutul Azim . Turun pentas , WD semua nangis . Sedih , . Kitorang nyanyi lagi sekali kat bawah tu . Dengan menangis nanges nya . :) Wuih , panjangnya cerita . haha , mahap le panjang . Hehe , okeyh lah .Sampai sini je dulu . kbye , assalamualaikum :))


Rintih :')

Sunday 18 August 2013

Raya raya raya :D

Assalamualaikum .
Hai , hehe . Sumpah lambat aku update pasal raya . Cuiii , takpe lah . harini dah raya ke 11 . Em , sekejap je masa kan ? And aku rindu nak sahur , berbuka . Aku rindu Ramadhan :') K keap lagik nak balik hostel dah . Update blog before balik . Hehe .

Raya . Malam raya ? Best gilaaaaa . Tapi kan malam raya aku sakit . Nak demam , selsema . K sedih . Org lain kat luar semua main mercun bola lah , mercun telur lah , bunga api , mercun naga , papan dll . Aku ? Duduk dalam rumah tengok Setia Hujung Nyawa raya :D Haha , comel Zain dengan El :*


Ehhhhh , Zain buat gwiyomi . Comel mel mel .Eh berbalik kepada tajuk entry . Malam raya best lah . Susun kuih , aaaaaah rindu sangat . Tidur lambat x) Gosok baju ramai ramai . Hehe , taun nyh kat kampung atok , semua balik . So meriah gila . Raya tahun nyh lah paling dalam hidup aku . Thank you Allah :')

Em , esoknya tuh pagi raya . yeayyyyyy , aku bangun lambat . pukul 8 baru bangun , gila ! Pastu ummi suruh sarapan , rasa macam 'wow harini boleh sarapan' . Keanehan di situ xD Hem , semua pakcik cousin pergi sembahyang raya . Pastu cikdah ajak le pergi kubur arwah atok boy tapi aku tak pergi sebab belum mandi . Hehehehehe , semua pakai baju raya . Tahun sedare -2 pakai bju warna sejuk je accept - abang iwan - Haha , merah menyala ~ Dia sorang jelewls yang ganjil . Nak tengok gambar ? Ni haaaa <3

 

Tengok lew tuh yang kaler merah tuh . Eh cikdah pun lainlah , ahhahaha . Carik aku ! Em , rindu nya time nyh , Aku baru bangun tidur time tuh . Penat tunggu semua pakcikpakcik habis marhaban , haiyo . Inilah kelarga besar kami , Kalau arwah atok boy ada , mesti lengkap , meriah :') Rindu atok boy ~

Eh nampak tak 4 orang anak dara duduk 1 baris kat bawah tuh ? Haha , kitorang pergi beraya  . Tak malu kan form2 pun nak beraya lagik . Malu jek xD kitorang terserempak dengan geng-2 marhaban . Apa lagik , makan cepat cepat , rembat duit raya pastu blah . Kena gelak dengan abang-2 tuh doh . Mlu siak , kitoang tebalkan muka , berpa inci dah tebal xDD

Ni beberapa gmbar yang disnap time tuh :)

 

Eh 2 je . Hehehe , rindu nya . Hem , lepastu eh lepas asar . pergi raya rumah sedare-2 . best , kumpul duit ghaya xD  pergi rumah tok niah , tok manis dll . penat sampai tertidur x) solat maghrib kat surau tepi jalan jeh . Penat sangat , Em , dah beraya semua tuh , balik kampung. Cikgu gucik balik perak , cik abang balik muar , cik ami balik pahang , aku balik terengganu , tinggal paklong je kat kampung . Malan tuh aku kena brainwash dengan abg iwan dengan abg ajib xDDDDD

K tu jelah nak story . Korang punya raya best ? Acecite lah kat aku , k nak balik ostel , byebye :*

Sunday 4 August 2013

Happy Eidul Fitr (:

Assalamualaikum .
Dear readers , em . Lama sangat tak update nyh . Berhabuk dah , haha . So sorry lah , em . K post nyh nak cerita pasal puasa and raya lah . Kekeke , puasa penuh tak ? Tak penuh , tak dapat duit raya :P


Haha , raya mesti main bunga api kan ? Eyh , mercun jangan ! Kang putus tangan , orang beraya kat rumah , korang beraya kat hospital . Haa , tak pasal pasal . Tahu nyh kan , tak main bunga api lagi . Duk asrama lah kan , haha . Balik kampung nyh nak pulun bunga api banyak banyak . Kasi sepah satu kampung . Hehe , tak ah teruk sngat tuh . Hem , puasa tahun nyh amacam ? Banyak okeyh ? Aku rasa macam puasa tahun nyh sekejap gila .

Bukan apa , rasa macam baru semalam hari Rabu yang cuti 1st Ramadhan tuh. Korang tak rasa sekejap ke ? Tak macam tahun lepas dan lepas . Lama je rasa . Tahun baru aku sedar yang Ramdhan tuh best , dulu aku sia siakan je , tak hargai pun . Ya Allah ~

Baju raya dah beli ? Kaler apa ? Aku kaler hijau satu , oren satu . Hahah , kak Pecha kata macam keling . Haha , agak ah . Tapi baju tuh cantik . Kuih raya , haruslah ada semprit kan . Wajib , takde raya tak best . Hehe , sekarang aku sahur dah tak macam dulu dah . Dulu aku sahur , kemain tersengguk sengguk lagi . Kesah apa aku kalau sedara sedara aku ada sekalipun , aku tidur jugak . Ngantuk ah . Tapi kali nyh dah tak angguk angguk dah . Hehe , dah besar lah katekan . Tak nak malu depan budak budak x)

Petang puasa je mesti pergi cari baju raya . Dah semua tempat dah pergi . Pasar hang tuah , Tesco , Jusco . Ha Ape lagik . Eyh takde lah semua , ada yang belum pergi . Hehe , penat haus tapi best . Baju banyak , rambang mata aku . Tapi taknak lewls yang mahai mahai . Sederhana cukup , cukup untuk aku nampak comel time raya nanti . Ahaks x)

K tak , jokes . Hehe , hem . Harinyh dah 26 Ramadhan . Lagi .... 3 hari nak raya eh ? Oh my gajah , puasa dah nak habis . Ingat nak khatam 1 Quran tahun nyh , tapi cam tak sempat jeh , Hemmm , lain kalilah aku cuba . InshaAllah boleh punya . Hem , tarawih tahun nyh pun tak penuh , ada yang ponteng . Hehe , korang mesti penuh kan ? Good ;)


Ha , pasai kuh ghaya . Hangpa suka kuih ghaya apa ? Eh , tukar loghat . Korang suka kuih apa ? Aku , eh kan dah cakap kat atas . SEMPRIT . Wiweee , sedap lah . Balik kampung nyh nak tolong maksu dengan cikdah buat kuih sampai tengah malam . Best , tak tidur langsung pun pernah . Tapi esoknya tuh memang tidur tak ingat dunia ah kan . Hehe , korang pernah buat kuih raya ? Sedap tak ? Ceh , suka hati aku jeh . Haha .

Hem , apa lagik nak bebel pasal raya . Ha , duit rayaaaaaa ! Hampir terlupa , eh duit raya aku jangan lupa . Kasi kaler merah , dengan purple . Tau , aku tunggu posmen datang rumah ah . Haha , jemput datang rumah , gate sentiasa terbuka . Open house , not sure lagik ah . K bye need to stop . Nak siapkan homework yg macam gunung kinabalu tuh . Em , banyak tau 'kuih dengan duit raya' yang cikgu bagi . Thanks cikgu , love you --'

Friday 24 May 2013

Wardatuddiniah ^^

Assalamualaikum .
Hello , hehe . Cuti sekolah bermula . Okey , apa nak buat ? Hemmm , tak tau lah . K, sinilah sinilah nak cerita . Hari Rabu haritu , aku dengan kakak kakak wardat pergi SMKA Maahad Hamidiah , Kajang ^^ . Ada nasyid . Best best jugak . Dari SHARODZ pukul 6.30 pagi , sampai Maahad pukul 8 lebih kot . Kalau tak silaplah . Pastu , ada explore race , tilawah Al-Quran . Best , sedap sedap . Dah habis semua tu , kitorang Solat Dhuha dekat surau sekolah tuu . Pastu baca Yaasin . Tenang hati . Hehe ^^

Dah habis , ustaz kata ustaz tempah hotel . Sumpaa , tak expect pun . Haha , hotel budget jee . Tapi okey laa . Ada astro , hehe . Nama hotel tu hotel ........ AMANI . ha , tula nama eh . Ustaz suruh berehat . Best , menggila gila dalam bilik tu dengan kakak kakak . Haha , 1.15 pergi sekolah Maahad balik . Nak soundcheck . Huhu , seronok . Hehe , dah habis semua tuuuu , dalam pukul 4 lebih camtu balik hotel balik . Sebelum tu ada akak pertandingan khat . Dia tulis khat cantik sangat . Hehe , kk . Perjalanan nak balik hotel tu , singgah kedai beli makanan .

Aku beli waffer jeee . Takde mood nak makan .Pastu balik hotel . Tengok tv , cerita pasal Jepun -,- pastu kakak WD suruh semua makan TELUR MENTAH 0.o Goshh , serious aku nak muntah . Nanges nanges aku makan tau . Yang putih okey lagi , tapi yang kuning tuuu ..... E.R.R taknak cakap . Uek uek . Pastu pukul 6.10 minit haha . ingat lagi , semua siap siap tukar baju pakai tudung . Pergh , menyirap bila pakai tudung . Susah nak mati .

Geram gila time pakai tudung . Tudung tu licin , berbatu batu -,- Hehe , kpineee takpe laa . Best jugak pakai tudung tuu . Baju aku besar berrrr . Tengok video atas stage , pergh , gemuk gila aku . Padahal tak pun , hehehe .Dah tu jeee , pastu check out hotel , terus pergi SMKA Maahad Hamidiah tuu . Time tu tangan aku dah start menggigil . Seriously , fuhh . Cuak gila .

Sampaii Maahad . And you know what ? Aku baru tahu yang sekolah aku je perempuan , yang lain lelaki . Gilaa ! Terkejut beruk aku tahuu . Before pertandingan bermula , kitorang hissing bubbling kat luar . Hehe , tengah tengah berlatih tu kan . Tiba tiba ... Kak Pahhhhhhhhhhhhhhh ! Hehe , kak Pah datang . Suka laaa , pastu kak Pah betulkan tudung aku ^^ Haha lawak lawak . Pastu berlatih berlatih berlatih . And pukul berapa tah , tiba giliran SHAROD . Fuh , menggigil . Aku pegang mic bergoyang goyang ha .

dah semua , nyanyi nyanyi nyanyi . Pastu orang tu straight bagi komen auu . Komen dia , hemm . Tak tahu nak cakap apa . What is the meaning of 'PAWANA' ? Cari dalam kamus , AWAN or ANGIN ? ANGIN lahh . Ada akak tu baru cari dalam kamus tauu . Tapi biarlah . Kak Pah kata biar kitorang ada pengalaman . Yes , pengalaman itu penting . Hehe , Itu lah kisahnyaaa . Eh kitorang dapat aiskrim ! Haha , best best -,-

Kitorang dapat no 4 . Aku sedih sebab aku tak buat apa yang patut aku buat . Nangis lah :( Haha , bajet . Hem tulah kisah nyaa . Kitorang balik hostel malam tu jugak . Sampai hostel pukul 3 lebih PAGI . Ngantuks ~ Esok nya bangun pukui 5.30 . Haaaaaa , penat gila . Pastu haritu kebetulan kitorang tak belajar langsung . Best , aku pun tidur dalam kelas ^^ Hehe , sakit lah jugak kepala ni tidur atas meja keras tu . Aku mengukur meja dalam 1 jam lebih jeeee . Pastu bangun snap snap gambar dengan kawan kawan . Hehe , tu jela . Dah lah penat menaip . Hem , kbye . Assalamualaikum . Saaaaaaaaaaaaaaaayang Wardat :*

Xmr0nh5w0sfcfxra5fi5467hh7ey5g38
* Wardat , tapi tak cukup orang lah -,-*

Saturday 11 May 2013

My rainbow :]

Assalamualaikum . Bonjour ! Lama tak nyonteng kat blogsayangs . Mwehehe , okay . Straight to the point . Today , aku nak story story pasai pelangi yang bikin hidup wa ceriaa . Cewahh , ni ni . Kawan aku , semua aku sayang . Kat kelas kan , kalau tak buat bising sekali , memang terbalik ah dunia kan . Aten , Dayah . Kitorang menggila dalam kelas . Meh meh aku kenaikan sesorang . The first one is :

 Fatin Nordiana bt. Johari 
Budak nii , Bherp abadi kadang kadang gaduh , kadang kadang tak apa entah . dulu aku tak rapat langsung dengan dia . Tapi kan , tahun ni dia duduk depan aku . Aku pulak masuk wardat . Kami jadi rapat . Aku tak sangka aku akan rapat dengan dia . Sebab tahun lepas serious dia diam jeeee . Haha , aten aten . Aku pernah cry cry sebab kau marah aku . Haha , laka laka jee . Aten , thanks sebab kau dengar semua problem aku . Appriciate sangat . sekarang dia tablemate aku :P Sayang engkau forever and ever .

 Nur Hidayah Nadhirah bt. Mohd Satar 
Jyeah , my bherp special aku selama berapa bulan entah . Hehe , dulu dia tablemate aku , tapi dah berpisah *cewahh* . Sebelah jeee , cuma ada ruang untuk bagi orang jalan . Kira jauh jugak lah . Haihh , aku sayang dia . Even dia kadang kdang meninggikan ego dia . Takpee , lama lama aku terima . Keep calm and smile . Hehe , dulu dia selalu buat RajaLawak kat sebelah aku . Mengongs ~ Haha .

 Nurul Syahira bt. Ropa 
Okey dia ni . Dulu dormate aku , sekarang arasmate aku . Haha , taklahh , kitorang satu aras . So okey lahh . Selalu turun subuh sama sama . Dia selalu copkan sinki aku . Ahaks , dia pun bherp aku juga . Dia pun tablemate aku jugak tapi selang sorang , si Aten . Huhu , Kitorang duduk tigatiga macam tadika punyaa XD
Dia pun wardat jugak , dia AJK Sej . Eh , dahla aku hantar nota lambat . Nasib dia bestfriend aku , boleh cover cover . Haha , ambillah kesempatan dalam kesempitan XD

Farisya Farhana bt. Mahamud
Alahui , dia . Sayang dia much much . Dia kakak aku . Kakak tipu tipu . Means kakak angkat . Hehe , ayat mengong . I sayang dia . She's my sunshine . Without her , haih i don't know lah camane my hidup . Dia form 3 , PMR lah kan . Good luck ,yayang . Dia selalu dengau prob prob aku . Tu yang sayang tuu . Hehe , dia comel . Tak cayyee ? Buka FB dia , haih . Takpayah lahh . Hem , satu je nak cakap , aku sayang diaaaaaa :]

Nur Ameera Farahin bt . Mohd Said
Oh yeaaa , dia kakak aku paling first sekali . Love you munchies munchies kak . Even tak berapa rapat , I tetap sayang you . Forever and ever , twinny kita XD Muka I sama tau macam kakak ni . Bajet , bajet -,- Dia form 5 , good luck jugak . SPM , straight A punya lah (Y) Kakak kan pandai :] Okey , i just wanna say that i love you kakak . Thanks for everything , sys <3

Hanis Tasnim bt. Abdul Wahid
Ahauu , dia kakak tipu tipu aku jugak . Dia form 4 , hehe . Dulu kami rapat , rapat sangat sangat . Tapi maybe this year dia buzy kot . So renggang siket . Tapi aku tetap sayang dia tau . Kelas dia atas kelas kau jeee , haha . Hari hari jumpa , even tak bertegur sapa . Tak kesahlaa , janji dapat tengok dia XD Sayang dia much much . Hehe :]

Tumblr_lawayoxyen1qajjdco1_500_large

Ha itu leeee semua pelangi hidup aku . Diorang takde , alahai hidup aku kelam mambang . Dalam suka, duka , diorang selalu ada . Ya Allah , terima kasih banyak banyak sebab Kau kurniakan sahabat yang baik seperti mereka :') Mereka awesome sangat XD I love uolls .




Tuesday 26 March 2013

Saya sayang dia (:

Assalamualaikum .
Halu , wala . Okey , serious Qila bosan gila babeng . Taktahu nak buat apa . Even homework belambak . Ah ! Malas nak usik . Pergh , pening siak tengok homework dalam beg . Dengan masalah yang melanda , em , malas nak pikir , malas nak layan . Buat pening kepala otak jeh . Lebih baik pikir pasal makcik sorang ni <3


Oxwhcqs6z5eztwiqrc8w0hqmqgg5mp7l

Ohaeyo ! Comel tak ? Comel tak ? Ok , berhenti angguk kepala . Dah tahu , dah tahu . Hehe . Tu lah makcik gemuk saya ^^ Saya sayang dia . Tak dengar ? Saya ulangi , saya sayang dia . Okey , bagus . Dengar pun (:

Dia , seorang kakak yang baik , cantik , comel , berwibawa dan pandai . Okey , Tahun ni dia PMR , so good luck ! Do your best . Nanti og bagi hadiah eh , kalau dapat bagus lah . Ngehngeh , Ops , lupa la nak bagitahu . Nini , nama makcik gemuk yang saya sayang ni --> FARISYA FARHANA BT. MAHAMUD <3 . Yes , i love her . She's my sunshine . Don't take take her from me :P 


Em , she's 15 years young . Not old , gemuk saya masih muda (: Dia , satu sekolah dengan saya lah . SMKA SHARIFAH RODZIAH , huh . Semangat ~ Kami pelajar .. blablabla . Panjang sangat , okey . Hehe , dia suka warna purple . Why purple ? Aloh , tanya dia (: Saya setia pada biru . 

Vkqitv7x7pqg6ynnjmlcl64uwqu34g4m

Hehe , Birthday dia ? Nak tahu ke ? Euuu , tak payah la tahu , eh ? Hehe , tak payah :P Nak cakap apa lagi , ha ! Dia kakak saya lah , kakak tipu , i mean , kakak angkat (: Dia tersangatlah baik . Dia selalu bagi saya semangat , dia selalu disamping saya , dia setia mendengar masalah saya , ya Allah , terima kasih kerana Kau anugerahkan seorang insan yang baik seperti dia :')

Dear FARISYA FARHANA , i just want to say that i love you so much . Do you know how much i love you ? Don't walk behind me , I may not lead . Don't walk in front of me , I may not follow . Just walk beside me and be my friend . Don't ask why i love you , just accept the fact that i do (:

Pmmon1hmq0h864ic1amjdjk3hjcxrffn

Okey , dia cantik , dia cantik . Okey lah , nak buat biskut . Haha , gedik je . Lastly , I nak cakap ' I LOVE YOU , SYS FARISYAAAAA ;) ' Okey , byebye ! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh <3